Khasiat Kacang Botol
Kalau disebutkan pasal ulam atau sayur sudah pasti ramai yang mengelak. Apakah sebabnya? masyarakat sekarang terutamanya generasi muda kurang meminati makanan berasaskan ulam atau sayur-sayuran. Namun sedarkah kita bahawa tumbuhan-tumbuhan hijau ini banyak menyumbang kepada kesihatan kita. Kali ini saya ingin membawa anda merungkai khasiat disebalik kacang botol.
Kacang botol ini lazimnya dijadikan ulam dalam juadah masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini. Pokok kacang botol ini tumbuh secara menjalar. Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda (muda) dan hijau gelap(tua). Buah kacang botol ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.
Khasiat Kacang Botol
-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
- mempunyai banyak protein.
-daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian.
-kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
- akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-mengandungi 30% kandungan karbohidrat.
Oleh itu,marilah kita mengamalkan pemakanan kacang botol ini . Amalkan hidup sihat.