Showing posts with label Adik Eirah. Show all posts
Showing posts with label Adik Eirah. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab

Salam, diam tak diam tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan berpuasa. Mulai Maghrib pada 10 Mei 2013 maka bulan ke-7 Islam iaitu Rejab datang sekali lagi dengan penuh nikmat dan kesyukuran. Sepertimana maklum, Allah memberi berlipat kali ganda ganjaran pahala pada bulan ini.

Doa Bulan Rejab :




Berikut merupakan beberapa amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk dilakukan pada bulan Rejab ini:

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca selawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:

“Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”.
[Riwayat At-tabrani].

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.




Sumber : Facebook. Gambar : Google.

Thursday, 18 April 2013

Besday Gurlz....

Salam...dah besar rupanya anak dara mama sorang niii...pada 18 April 2013 baru-baru ni genaplah usia adik Eirah 7 tahun...semoga dipanjangkan usia, murah rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan di dunia dan akhirat....amin.
Sebenarnya majlis adik eirah ni di buat last minit...kerana mulanya akak plan nak buat pada akhir bulan ni tapi memandangkan tuan tubuh (adik eirah) tidak sabar-sabar nak buat juga dan telah menjemput teman-temannya....tanpa pengetahuan akak dia siap tentukan time lagiiiii....iaitu pukul 5.00 petang. 

Nasib baik la hari 18 April 2013 tu hari khamis..masa rehat hari tu akak balik umah sempat la godek-godek buat puding untuk adik eirah petang nanti...pas balik keja kul 3.30 nanti terus pi cari kek pulak....pastu terpikir takan anak-anak semua tu datang nak makan puding dan kek jer?????? last minit terpikir nak masak mee samada mee goreng atau mee kuah....tapi en somi bagi cadangan suh buat mee kari...ok juga cadangan en somi tu sebab dah lama tak buat mee kari.

Alamak!!!!! dah hampir kul 4.40petang...masa tengah sedap masak tu...gas pulak habissssss....minta tolong en somi g kedai..nasib baik laaa kuah mee kari sempat  masak...mee pun dah lama akak rebus/celur...tapi sayurnya belum habis dicelur...yang siap cuma taugeh jer....time-time gawat niii..kawan-kawan adik eirah dah sampai/datang....nak buat camna lagi makan jer la apa yang ada dulu...hehehe maka majlis pun mula jugalah dengan apa yang ada.Walaupun begitu.....majlis adik eirah ni tetap juga meriah dengan kehadiran teman-temannya yang hampir 20 orang juga...hehehe
Acara potong kek

Jelly yang dirembat kat ekspo riang ria

 antara juadah yang sempat di sediakan

Puding Pelangi yang tak berapa nak pelangi

Mee kari yang sempat disediakan...tak cukup bahan..hahaha




Monday, 31 December 2012

Adik Eirah Darjah Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....tanggal 26 Disember 2012 merupakan hari pertama persekolahan adik Irah dalam darjah satu...seronok berjumpa ngan kawan-kawan lama dan baru....






Saturday, 24 November 2012

Hari Inovasi Kanak-Kanak TBK Kemas Parlimen Kbg Pasu

Pada 4 & 5 Julai 2012, Kemas Parlimen Kubang Pasu mengadakan Hari Inovasi untuk kanak-kanak Tabika....banyak acara yang dipertandingkan sepanjang dua hari tersebut melibatkan kanak-kanak tabika antaranya pertandingan nasyid, bercerita bahasa inggeris,hafazan, pidato, teater, tarian, puppet dan banyak lagi. Pada tahun ini adik Irah tidak terkecuali untuk mengambil bahagian dalam acara tarian bersama rakan-rakannya dari Tabika KEMAS Tmn Universiti yang bergabung dengan TBK Kemas Risda Tg. Genting.

Tengok tu...adik Irah diam jer bila mukanya di make up sebelum persembahan.

Adik Irah dan bf (Shasha,Adik Irah & Aliya)

Tuesday, 20 November 2012

Alahai anak mama.....

Hari Rabu lepas (27 Jun 2012) adik Irah terjatuh kat tadika....waktu ni akak masih lagi di Langkawi kerana menghadiri Kursus anjuran Yayasan Amanah Latihan Badan Berkanun....waktu en somi tepon bagi tahu adik Irah terjatuh dan dibawa ke Pusat Kesihatan UUM...hati akak berdebar-debar dan jantung berdegup pantas jer...persoalan tentang kemalangan itu bermain di kepala akak saat ini....samada teruk atau sebaliknya...maklumkan benda kita tak nampak kan??? mungkin naluri hati seorang ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.....setelah hampir sejam menunggu barulah en somi menelefon dan menceritakan tentang adik Irah....walaupun tidak seteruk mana namun dagunya terpaksa juga menerima 2 jahitan...hmmm...tu lah adik Irah....

Nasib baik juga lukanya dekat bawah dagu...kalau kat mata...apa nak dikata....





Monday, 15 October 2012

Adik Eirah menang peraduan mewarna

Pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia berlangsung di Tapak Ekspo UUM pada 08 Oktober 2012 dengan meriah sekali....pelbagai kategori dipertandingkan pada kali ini yang terdiri dari kanak-kanak Tabika dan sekolah rendah di sekitar Sintok....

Kali ini Adik Eirah yang mewakili Tabika Kemas Taman Universiti berjaya merangkul hadiah tempat ketiga dengan membawa pulang hamper dan wang Tunai RM 50 serta baucer makanan bernilai RM 50.Tahniah adik...moga kejayaan ini akan terus berkekalan dalam hidup adik...tingkatkan prestasi baik dalam apa jua bidang yang diceburi....