Sunday 25 May 2014

Peristiwa Isra Mi’raj


Pada bulan Rejab ini, telah tercatat satu peristiwa yang sangat penting untuk kita sama-sama hayati, iaitu pada tanggal 27 Rejab tahun ke 11, selepas Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul, dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah al-Munawwarah telah berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ini telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat yang pertama : 

Maksudnya : "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palastin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepada-Nya tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan) kami, sesungguhnya Allah jualah yang Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui." 

Sesungguhnya peristiwa ini merupakan salah satu bukti mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah Taala yang telah memperjalankan diri Rasulullah SAW, dari Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palastin, kemudian Nabi S.A.W diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT lalu menerima perintah ibadah solat, di mana semua ini berlaku hanya pada satu malam sahaja. 

Ulama telah menyimpulkan beberapa sebab Rasul S.A.W diundang untuk bertemu dengan Allah S.W.T iaitu :- 

1. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas Nabi diuji dengan kewafatan dua orang yang paling rapat dan banyak berkorban membantu Baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah, iaitu isteri baginda yang tercinta, Saidatina Khadijah ra dan bapa saudara kesayangan Baginda Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah, apabila umat Islam yang minoriti dipulaukan oleh kaum musyirikin Quraisy. Maka undangan Allah ini ialah untuk menghiburkan hati Baginda Rasul S.A.W yang sedang berdukacita. 

2. Baginda diundang untuk menerima kefardhuan solat lima waktu. Perkara yang nyata di dalam pertemuan Baginda S.A.W dengan Allah S.W.T, di mana ibadah solat menjadi tunjang kepada amal ibadah yang lain. Ini sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah S.A.W: 

Maksudnya: "Bahawasanya pertama sekali yang dihisab pada seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya (sembahyangnya)." (Hadis riwayat At-Tirmizi) 

3. Manakala Imam Fakhrurrazi di dalam kitabnya (Tafsir al-Kabir) menyatakan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam potongan ayat yang pertama dari surah al-Isra’ : “لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا” maknanya "untuk kami memperlihatkan dari tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan) kami "memberi pengertian, bahawa Allah S.W.T mahu memperlihatkan apa yang telah disediakan sebagai balasan kepada hamba-hambanya di akhirat, tentang keindahan syurga dan kecelakaan neraka, Baginda diperjalankan dengan mahkluk Allah yang bernama buraq (بُرَاق) menjelajah bumi dan angkasa lepas yang begitu luas, dapat menyaksikan petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T, maka dengan ini telah menambahkan keimanan dan keyakinan di dalam jiwa Baginda, sehingga Baginda dapat terus berusaha dengan lebih sempurna dalam menyampaikan risalah tauhid. 



Wallahua’lam





Tuesday 29 April 2014

Jom Kenali Jamu Mandara

Salam dan selamat pagi.....sukacita akak nak berkongsi di sini tentang kebnaikan jamu ini untuk para ibu dan wanita di luar sana. Kebaikannya terbukti apabila maklumbalas yang diterima dari pengamal Jamu Mandara bahawa mereka kagum dengan tindakbalas positif setelah mengambil produk ini dalam tempoh yang singkat. Malah ada yang mengatakan tak mungkin akan berpaling dari produk Jamu Mandara berikutan khasiat yang dinikmati melebihi harga yang ditawarkan iaitu sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Produk ini mesra pengguna kerana sesiapa sahaja mampu membeli malah mengulangi membeli disebabkan khasiat yang diperolehi adalah seimbang dengan harga yang ditawarkan. Jamu Mandara BERJAYA mengubah pandangan sesetengah masyarakat yang tidak percaya akan kebaikan herba traditional. Ini dapat dibuktikan apabila ramai pelanggan Jamu Mandara terdiri dari mereka yang berkerjaya profesional telah menjadikan Jamu Mandara sebagai suppliment harian untuk meningkatkan stamina.

Ini testimoni akak sendiri dengan Jamu Mandara :

 Mulanya akak hanya mencuba untuk diri sendiri....kaum wanita dan para ibu malahan anak gadis pun tidak terlepas dari masalah keputihan ini...bermacam-macam ubat dan cara akak cuba untuk menghilangkan masalah ini tapi tidak berjaya sehinggalah akak temui dengan herba dan jamu ajaib ini...kini masalah akak sudah dapat diatasi dengan mengamalkan jamu terbaik ini. Benda baik patut kita kongsi dengan rakan-rakan semoga semua dapat manfaatnya...kini akak juga menjadi salah seorang agen Jamu Mandara khususnya di kawansan UUM Sintok, Changlon, Bukit Kayu Hitam dan mana yang berdekatan yang mahu mencubanya bolehlah menghubungi akak untuk mendapatkan jamu ini.


Jamu Mandara terdapat 2 jenis dan setiap satunya ada kelebihannya yang tersendiri.
1.  Jamu Mandara 1
2.  Jamu Mandara 2




Khasiat Jamu MandaraJAMU MANDARA 1

Melegakan kepenatan fizikal
Melegakan keputihan
Melegakan senggugut
Melancarkan perjalanan haid
Menyihatkan badan selepas bersalin 

Cara Pengambilan- diambil 1 kapsul pagi dan 1 kapsul petang (sebelum makan).
Kuantiti Kapsul- 60


JAMU MANDARA 2 

Mengurangkan berat badan
Membuang angin
Membantu penghadaman serta
Melegakan sembelit yang ringan
Diet dan senaman yang berterusan adalah diyorkan. 

Cara Pengambilan - diambil 1 kapsul pagi dan 1 kapsul petang (sebelum makan).

Kuantiti Kapsul- 60

Harga jamu ini berpatutan dan tidak mahal...cuma RM 35.00 sahaja untuk satu botol(SM),                    RM38 (S&S) (caj penghantaran RM6.00)








Wednesday 5 March 2014

Petua Kesihatan

Tips untk u olls

Petua Kesihatan:

Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak

1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .

2. Telur:
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

6. Madu:
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) :
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.










Tuesday 18 February 2014

Khasiat Kacang Botol atau kacang kelisa



Khasiat Kacang Botol

Kalau disebutkan pasal ulam atau sayur sudah pasti ramai yang mengelak. Apakah sebabnya? masyarakat sekarang terutamanya generasi muda kurang meminati makanan berasaskan ulam atau sayur-sayuran. Namun sedarkah kita bahawa tumbuhan-tumbuhan hijau ini banyak menyumbang kepada kesihatan kita. Kali ini saya ingin membawa anda merungkai khasiat disebalik kacang botol.

Kacang botol ini lazimnya dijadikan ulam dalam juadah masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini. Pokok kacang botol ini tumbuh secara menjalar. Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda (muda) dan hijau gelap(tua). Buah kacang botol ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.

Khasiat Kacang Botol

-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
- mempunyai banyak protein.
-daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian.
-kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
- akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

Oleh itu,marilah kita mengamalkan pemakanan kacang botol ini . Amalkan hidup sihat.