Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru



Assalamualaikum dan salam sejahtera....semua ceria dan sihat2 sentiasa....

Tinggal sehari lagi kita berada di tahun 2012, dan menuju tahun 2013 dengan harapan baru. Sudahkan tercapai azam kita tahun 2012?????? dan bagaimana pula dengan azam tahun baru 2013 nanti????? Sudahkah andai senaraikan azam tahun baru anda....????? apapun selamat menyambut tahun baru 2013 dan ingatlah bahawa masa lalu itu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan.Selamat datang tahun baru 2013.

Malam ini akan berlalu,
minggu ini akan beranjak,
bulan ini akan pergi,
tahun ini akan meninggalkan.
Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka,
menyongsong tahun baru.
Selamat tahun baru 2013.
Semoga selalu jaya dan sejahtera.








Adik Eirah Darjah Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....tanggal 26 Disember 2012 merupakan hari pertama persekolahan adik Irah dalam darjah satu...seronok berjumpa ngan kawan-kawan lama dan baru....






Saturday 24 November 2012

Hari Inovasi Kanak-Kanak TBK Kemas Parlimen Kbg Pasu

Pada 4 & 5 Julai 2012, Kemas Parlimen Kubang Pasu mengadakan Hari Inovasi untuk kanak-kanak Tabika....banyak acara yang dipertandingkan sepanjang dua hari tersebut melibatkan kanak-kanak tabika antaranya pertandingan nasyid, bercerita bahasa inggeris,hafazan, pidato, teater, tarian, puppet dan banyak lagi. Pada tahun ini adik Irah tidak terkecuali untuk mengambil bahagian dalam acara tarian bersama rakan-rakannya dari Tabika KEMAS Tmn Universiti yang bergabung dengan TBK Kemas Risda Tg. Genting.

Tengok tu...adik Irah diam jer bila mukanya di make up sebelum persembahan.

Adik Irah dan bf (Shasha,Adik Irah & Aliya)

Tuesday 20 November 2012

Alahai anak mama.....

Hari Rabu lepas (27 Jun 2012) adik Irah terjatuh kat tadika....waktu ni akak masih lagi di Langkawi kerana menghadiri Kursus anjuran Yayasan Amanah Latihan Badan Berkanun....waktu en somi tepon bagi tahu adik Irah terjatuh dan dibawa ke Pusat Kesihatan UUM...hati akak berdebar-debar dan jantung berdegup pantas jer...persoalan tentang kemalangan itu bermain di kepala akak saat ini....samada teruk atau sebaliknya...maklumkan benda kita tak nampak kan??? mungkin naluri hati seorang ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.....setelah hampir sejam menunggu barulah en somi menelefon dan menceritakan tentang adik Irah....walaupun tidak seteruk mana namun dagunya terpaksa juga menerima 2 jahitan...hmmm...tu lah adik Irah....

Nasib baik juga lukanya dekat bawah dagu...kalau kat mata...apa nak dikata....





Thursday 15 November 2012

Cuti-cuti Malaysia

Kesempatan pada cuti sekolah baru-baru ni....kami sekeluarga berpeluang melawat ke Ladang Anggur yang terletak di dalam Daerah Sik di Kedah.Sekarang bukan perkara luarbiasa apabila anggur berjaya di tanam di negeri yang berhawa panas seperti di Malaysia dan tidak mustahil apabila suatu hari nanti Kedah akan berjaya menjadi Negeri pengeluar anggur yang terbesar di Malaysia. Jadi kita semua tak payah pergi ke luar negeri untuk merasai buah anggur yang "fresh" kerana Excel Agrotech Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera telah mengusahakan dua buah ladang anggur yang terletak di Kampung Tenas di Tasik Beris dan Ladang Anggur Sungai Senam. Purata keluasan ladang adalah seluas 4 ekar dan menempatkan 1000 pokok terdiri daripada dua varieti iaitu White Malaga dan Black ophal Grape. Manakala Ladang Anggur Sungai Senang pula seluas 30 ekar dan menempatkan 6000 pokok yang sudah di tanam.                                      
Kalau nak ke Ladang Anggur tu senang ja.... Dari Highway, Exit kat Gurun ke Jeniang....Ikut jalan tu terus ja lebih kurang 47km..... jumpa la tempat tu..... Bayaran masuk RM4 untuk dewasa, kanak-kanak RM2, kanak-kanak 6 tahun ke bawah free jer. Kat sana ada dijual anggur terus dari ladang....... memang sedap....manis dan tanpa biji.  
Dibawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat kami ambil.....jom layan....
                                                                              




Monday 15 October 2012

Adik Eirah menang peraduan mewarna

Pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia berlangsung di Tapak Ekspo UUM pada 08 Oktober 2012 dengan meriah sekali....pelbagai kategori dipertandingkan pada kali ini yang terdiri dari kanak-kanak Tabika dan sekolah rendah di sekitar Sintok....

Kali ini Adik Eirah yang mewakili Tabika Kemas Taman Universiti berjaya merangkul hadiah tempat ketiga dengan membawa pulang hamper dan wang Tunai RM 50 serta baucer makanan bernilai RM 50.Tahniah adik...moga kejayaan ini akan terus berkekalan dalam hidup adik...tingkatkan prestasi baik dalam apa jua bidang yang diceburi....






Wednesday 13 June 2012

Hadis Nabi ~ Larangan Pergaulan Bebas



Mukaddimah :

Masalah pergaulan memang menjadi salah satu topik perbualan di kalangan kita pada hari ini.Samada masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri, pasti ianya akan dibualkan dan mungkin dibincangkan.Lebih-lebih lagi di Malaysia, yang di antara masalah sosial yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada pergaulan bebas yang tidak terkawal.Manakala kita di Jordan, yang juga rakyat Malaysia mungkin tidak dapat lari juga dari masalah ini.Mungkin di kalangan kita, mempunyai pendapat sendiri tentang pergaulan.Walau apa pun pendapat tersebut,ianya mestilah dikembalikan kepada dasar-dasar islam yang sesuai dengan zaman,masa dan tempat.

Kalau kita kembali kepada sirah nabawiyyah, memang Rasulullah Saw sendiri memandang berat tentang pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah serta persentuhan.Ini dapat kita lihat, sebagaimana hadith daripada Hamzah bin Usaid Al-Ansari yang diriwayatkan daripada bapanya yang mendengar Rasulullah Saw bersabda,apabila melihat kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan :

عن أبي أسيد الأنصاري عن ابيه : أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول وهو خارج من المسجد فاختلط الرجالبحافا مع النساء في الطريق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للنساء : استأخرن ؛ فإنه ليس لكن أن تحققن الطريق ؛ عليكن بحافات[1]

Salam Perkenalan

Salam perkenalan dan terima kasih buat semua teman-teman blogger kerana sudi melawat blog akak.Sebenarnya ini adalah blog akak yang kedua....kalau nak tenguk blog akak yang pertama tu silalah jangan segan-segan untuk KLIK SINI.... Selamat berkongsi idea dan berhibur.....