Wednesday 13 June 2012

Hadis Nabi ~ Larangan Pergaulan Bebas



Mukaddimah :

Masalah pergaulan memang menjadi salah satu topik perbualan di kalangan kita pada hari ini.Samada masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri, pasti ianya akan dibualkan dan mungkin dibincangkan.Lebih-lebih lagi di Malaysia, yang di antara masalah sosial yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada pergaulan bebas yang tidak terkawal.Manakala kita di Jordan, yang juga rakyat Malaysia mungkin tidak dapat lari juga dari masalah ini.Mungkin di kalangan kita, mempunyai pendapat sendiri tentang pergaulan.Walau apa pun pendapat tersebut,ianya mestilah dikembalikan kepada dasar-dasar islam yang sesuai dengan zaman,masa dan tempat.

Kalau kita kembali kepada sirah nabawiyyah, memang Rasulullah Saw sendiri memandang berat tentang pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah serta persentuhan.Ini dapat kita lihat, sebagaimana hadith daripada Hamzah bin Usaid Al-Ansari yang diriwayatkan daripada bapanya yang mendengar Rasulullah Saw bersabda,apabila melihat kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan :

عن أبي أسيد الأنصاري عن ابيه : أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول وهو خارج من المسجد فاختلط الرجالبحافا مع النساء في الطريق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للنساء : استأخرن ؛ فإنه ليس لكن أن تحققن الطريق ؛ عليكن بحافات[1]

Salam Perkenalan

Salam perkenalan dan terima kasih buat semua teman-teman blogger kerana sudi melawat blog akak.Sebenarnya ini adalah blog akak yang kedua....kalau nak tenguk blog akak yang pertama tu silalah jangan segan-segan untuk KLIK SINI.... Selamat berkongsi idea dan berhibur.....